Category FAQ

FAQ

Apa itu SERUM?

Serum ialah produk kecantikan yang mempunyai bahan yang sangat aktif yang mana ia mampu menembusi sel kulit paling dalam. Bahan aktif yang digunakan selalunya membantu untuk masalah kulit yang dihadapi dengan lebih berkesan.

 

Kenapa kita perlu guna SERUM?

Serum bukanlah sesuatu yang baru dalam regim kecantikan, ia sudah ada sejak beberapa tahun dahulu. Namun begitu, masih ramai yang tidak tahu apa itu serum dan apakah kegunaannya.

 

Apakah bezanya pelembab dan SERUM?

Pelembab muka dirumus khas untuk melembab dan menjadi pelindung kulit sahaja. Serum pula dirumus untuk menembusi jauh ke dalam liang2 kulit wajah untuk menyerap khasiat bahan aktif yang digunakan.

 

Bagaimana SERUM berfungsi?

Molekul di dalam serum adalah sangat kecil berbanding pelembab. Ini bermakna bahan aktif yang bermanfaat untuk menyembuh atau membaiki dapat mencapai sel kulit yang paling dalam.

 

Kenapa saya perlu guna Serum ?

Sekiranya, produk kecantikan yang anda gunakan sekarang yang hanya terdiri dari pencuci muka, penyegar dan pelembab kurang berkesan, inilah masanya anda menambah Serum ke dalam rutin penjagaan wajah anda. Anda akan lihat perubahan yang ketara dengan lebih cepat jika digunakan dengan betul dan konsisten.

Serum dititik diwajah dan kemudian di tepuk2 hingga kesemua meresap kedalam kulit selepas anda mencuci muka dengan bersih dan sebelum menyapu pelembab atau krim malam. Kebiasaannya Serum sangat berkesan digunakan sewaktu tidur.

 

 

Berapa lama saya boleh nampak perubahan setelah menggunakan SERUM?

Bergantung pada jenis kulit anda, ada yang cepat dan ada yg mengambil sedikit masa untuk melihat perubahan apalagi jika bahan yang digunakan dari sumber natural. Namun, jika anda sudah biasa menggunakannya ia akan jadi sebati dengan rutin penjagaan wajah anda seharian.

Bagaimana penjagaan SERUM ?

Pastikan serum tidak terdedah kepada cahaya kepanasan melampau kerana ianya akan menghilangkan khasiat serum.

 

Serum Ardini Essentials berapa ml ?

Serum Ardini Essentials 15ml, jika dipakai secara konsisten setiap malam boleh guna sehingga sebulan lebih.

Apakah SERUM Ardini Essentials selamat digunakan?

Produk Serum Ardini Essentials adalah dijamin selamat kerana telah lulus  ujian logam berat dan mikrob oleh SIRIM Malaysia. Produk juga dijamin stabil dari segi bau, warna dan texture kerana lulus ujian kestabilan.

Mendapat kelulusan KKM @ BPFK(NOT140603733K) bermakna bahan yang digunakan adalah selamat pada kulit. Dikilangkan di kilang bertaraf GMP, dimana dijamin selamat dan bersih. Bahan yang digunakan adalah dari sumber natural dan tiada bahan dari haiwan. Pengawet yang digunakan juga dari bahan natural (iaitu Paraben Free)

 

Sesuai tak untuk kulit ada alahan atau sensitif?

Ya. Ianya sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitive

 

Apakah kandungan utama SERUM Ardini ?

Formulasi SERUM Wajah TERBARU di MALAYSIA dengan Gabungan 2 BAHAN AKTIF Berasaskan HERBA SUNNAH HABBATUS SAUDA & ZAITUN yang BERKUALITI.

1. Habbatus Sauda -mempunyai anti-oksidan yg tinggi bagi Merawat & Meningkatkan Kadar imunisasi kulit

2. Minyak Zaitun -Menguatkan akar (sel kulit) dan melembutkan serta mencantikkan kulit

Teknologi SERUM sahaja mampu membawa bahan aktif menembusi lapisan kulit kepada sel-sel akar kulit dengan cepat dan berkesan.

Merupakan Serum Muka yg ada manfaat Farmaseutikal – COSMECEUTICALS (Mencantikkan & Merawat)

 

INGREDIENTS

Aqua, Glycerin, Saccharide Isomerate, Octoxynol-11, Polysorbate 20, Acrylates/C10-30 alkyl acrylate crosspolymer, Aminomethyl Propanol, Olea Europaea (olive) oil,

Habbatus sauda (Nigella sativa) oil, Parfum, Glyceryl Caprylate, Ethyl Lauroyl

 

Bagaimana SERUM Ardini boleh merawat wajah anda ?

Serum Ardini bertindak melawan tanda-tanda penuaan seperti tompok-tompok hitam, kulit kusam, tona warna tak sekata, kedutan & garis-garis halus yang terdapat pada kulit wajah.

Juga membantu mencegah jerawat dan mencerahkan serta memberi kesegaran & keanjalan pada kulit.

 

Bagimanakah cara-cara penggunaan SERUM Ardini Essentials?

Mudah sahaja cara penggunaannya

1-      Pastikan anda cuci muka sebersihnya dan lap kering dengan kain yang bersih.

2-      Kemudian  picit 1-2  SERUM Ardini Essentials ke hujung jari dan  ratakan ke seluruh muka. Tap secara pelahan diseluruh bahagian muka.

3-      Gunakan secara konsisten sekurang-kurangnya setiap malam sebelum tidur tanpa sebarang krim tambahan lain.

 

 

Boleh ke jika saya gunakan pencuci muka produk lain?

Boleh. Cuma kami galakkan menggunakan produk pencuci muka yang natural base.


Bagaimana saya nak mendapatkan hasil yang optimum?

Kami sangat percaya dan yakin dengan izinNya, jika diamalkan SERUM Ardini Essentials ini secara KONSISTEN, TERTIB & DISIPLIN kulit wajah ANDA pasti akan kelihatan lebih sihat dan cantik secara semulajadi.

(Pastikan ANDA mengambil gambar SEBELUM menggunakan Serum Ardini bagi membolehkan anda melihat berbezaannya)

 

Produk Ardini Essentials berasal dari mana ?

Produk Ardini Essentials adalah produk keluaran Malaysia dan 100% bumiputra.

Read More